Selamat Hari Raya Aidilfitri ..maaf zahir dan batin ku ucapkan kepada sekalian ahli keluarga, kedua ibu bapa ku yang kini alhamdullilah sejahtera hendaknya, adik beradik aku E dan keluarga, Hai dan keluarga juga pada Jai..tak dilupakan kepada anak aku satu-satunya..”nina” moga kesemua mereka sentiasa dilindungi oleh yang maha Esa..
Untuk beberapa waktu ini beberapa perkara yang aku lalui..
1. kerja
genap 2 tahun 2 bulan aku diarahkan pulang semula ke Ibu Pejabat selepas permohonan aku untuk ke Wilayah Petaling diterima, tetapi tidak berlaku seperti yang dirancangkan aku dimaklumkan oleh Pengarah HRD bahawa waktu ini tiada kekosongandi Wilayah tersebut, Namun begitu aku juga dimaklumkan bahawa terdapatnya kekosongan di Jabatan Internal Audit bertempat di Pinggiran Subang, aku telah menolak tawaran itu alasan aku ketika itu adalah kerana terlalu jauh dari lokasi kediaman aku..tetapi aku telah mengubah pemikiran aku dengan menerima tawaran ke Pinggiran Subang itu kerana atas nasihat sahabat aku Shida dan berpandukan apa kata hati aku..sesungguhnya harapan aku pilihan aku ini adalah yang terbaik-insyakAllah- di atas niat aku untuk “settle down” dan merancang dan terus merancang untuk kesejahteraan hidup aku,nina dan keluarga.
Akhirnya surat tawaran pertukaran ke Pinggiran Subang telah keluar sehari sebelum aku bercuti raya, dengan berbekalkan surat ini aku meneruskan percaturan hidup baru aku di lokasi kerja baru aku malah serba serbi baru..bilik baru,rakan kongsi rumah yang baru,office mate baru serba serbi baru lah..
malam tadi 27hb sept 2009, aku dan nina ke lokasi yang dimaksudkan untuk mengetahui selok belok jalan nak ke pejabat pada hari Isnin nanti aku perlu melaporkan diri, yang menariknya aku juga pergi bersama seorang kenalan yang tidak pernah aku temui sekadar berkomunikasi melalui talipon aje..namanye Aro ZairiZan Ariffin, menurut beliau no telepon aku diperolehinya dari kawanya bernama Ady Irwan kerana ingin memohon kerja kosong, jadi ketika masih bercuti di kampung aku sekadar untuk mempastikan talian DIGI aku jika ada rakan menghantar sms ucapan selamat hari raya, jadi aku terima ucapan dari satu no yang aku rasa “familiar” tapi tiada dalam senarai telepon aku..timbul tanda tanya aku mengambil tindakan untuk menalifon no tersebut dan bercakap dengan tuan ampunya diri, memaklumkan bahawa darimana mendapat no telipon aku dan minta izin untuk hubungi aku..jawab aku bersahaja “boleh”..membawa lah hingga ke malam ini aku bertemu semuka dan menemani aku mencari di mana terletaknya Pinggiran Subang makan bersama di Gellang Kopitiam,TTDI,Shah Alam.
2. Ah su
ahsu pindah rumah dah..ke Pandan Indah..is good for him actually..he can have his own way of life..beside than have too live with me and my way and my rules..”All The Best to Ah Su”..
3. Nina
masih bercuti dan hantar pulang ke asrama pada keesokan hari sebelum pukul 6.30ptg..”mama doa kan semoga nina beroleh kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti dan peperiksaan seterusnya..untuk masa depan nina..sebagai ibu sudah tentu mahu melihat anaknye berjaya baik di dunia mau pun di akhirat..”nina, ketahuilah bahawa mama sentiasa menyusun sepuluh jari mohon kemaafan di atas apa yang nina terima dalam hidup nina selama ini..nina ditakdirkan menerima keadaan ketiadaan bapa..ketidaksempurnaan hidup..mama minta maaf setiap apa kemungkinan yang mama patut lakukan dan tidak…dihati kecil mama sentiasa yakin bahawa dan sesungguhnya Tuhan ada menjanjikan sesuatu yang indah dan baik kepada nina tapi yang penting usaha perlu diteruskan..nina tidak dilahirkan ke dunia untuk menerima kesedihan dan kekecewaan..nina anak yang baik..mama tahu sebab nina adalah anak mama..”mama love you”
4. Abah
Abah..kak long sayang abah..walau apa pun sikap abah..kerana k.long hanya ada satu abah sahaja yang menjaga keselamatan dan membesarkan k.long adik beradik..segetir mana sekali pun hidup kita k.long bersyukur ke hadrat ilahi kerana k.long masih ada abah,kegembiraan yang berpanjangan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat sentiasa k.long doa kan untuk abah..”terima kasih abah..”
5. Mak
Mak..kak long nak ucapkan jutaan terima kasih kerana mak selama ini banyak menolong kak long meneruskan hidup..sikap “menerima” mak terlalu besar ertinya kepada kami sekeluarga..mak besar kan kami adik beradik dengan penuh kesempurnaan..Mak..kak long sentiasa doa kan moga mak sentiasa gembira dan kesejahteraan berpanjangan didunia dan akhirat..’terima kasih mak..”
6. E dan Hai sekeluarga
kebahagian berpanjangan dimurahkan rezeki dan setiasa dilindungi Tuhan hendaknya..kuatkan iman dalam segala ujian ketentuan Ilahi..
7. Hati ini
sunyi..sayu dan redha dengan ketentuan..bebekalkan keyakinan diri dengan meletakkan setiap niat dalam setiap tindakan adalah untuk mendapat rahmat dari Tuhan..aku insan lemah di bumi yang fana ini..aku tahu setiap yang diberi adalah sesuatu yang telah tertulis..aku cuma berharap disudut hati kecil ini untuk menjamah kemanisan hidup memiliki dan dimiliki oleh insan yang bernama lelaki..”kejujuran dan keiklasan” insyakALLAH..
8. Mahkamah
Surat Perjanjian Persetujuan telah kutandatangan pada 15hb September 2009, diharap juga ini adalah penghabisan untuk aku berurusan mengenai perkara ini dan berurusan dengan insan yang telah lama ku buang jauh namanya dari benak fikiran aku..
9. Permohonan lesen Pemandu pelancong telah ku hantar pada 18hb September 2009, jika tiada kesulitan pada 29hb September 2009 aku akan memperolehi lesen sebagai Pemandu Pelancong..”all the best..”
perkara-perkara lain insyakALLAH dalam pengawasan..”under control” akan aku aturkan hidup aku sebaik yang mungkin berusaha beroleh keredaan dari yang maha Esa..amin
Attending my Mesra Malaysia’s Krusus on Saturday, 05 September 2009..basically is on my 35years old birthday..so, partly this kursus is one of the requirement for entitle you to have a Lisence of Tour Guide..so get set and start ..all the best!!



pagi ini aku terbangun awal..tapi sebenarnya memang tidur agak awal lebih kurang pukul 9.30malam aku dah tidur selepas makan sebungkus maggie..bersama ayam goreng semalam..ahsu adik bongsu aku tengok movie dvd yang aku pinjam dari yee mei semasa cuti sekolah itu hari..cerita “Flying Danggers”..aku tak tengok sampai habis pun..sebab tidur awal aku pagi nie jadi usheratte untuk AGM PNSB di Concord hotel Shah Alam..

Every “disaster” in your life is not so much a disaster, as a situation waiting for you to change your mind about it…book byAndrew Matthews- follow your heart..